Adik mula masuk kindy masa dia baru 3 thn 5 bulan.. Tadika Mandarin tak jauh dr umah I.. Apa nak buat, walaupun I rasa blom puas bermain dgn dia di umah, dia beriya2 sgt nak masuk tadika.. I masih ingat, masa tu baru dlm dua mggu gitu dia masuk skolah.. I pi fetch dia kat kindy tu.. Then I bawak dia merambu-ramba skejap.. That was when I noticed that dia pakai uniform yg one size bigger.. Rupa2nya, dia 'kebanjiran' di kelas.. hmmm....
So sejak day 1 dia melangkah, ini skrip biasa yg tak sanggup dan letih I dengar..
"Umi, eraser Adik hilang"
"Umi, kwn Adik curi ruler Adik"
"Umi, colour pencils Adik hilang warna kuning"
"Umi, crayon Adik hilang satu"
Masa tu, I pikir, hmm.. sabar je lah, dia kecik lagi..
Masuk sek rendah, ayat2 yg sama gak yg dok bermain di telinga I.. Pujuk lagi ati, "give her time and space.. satu ari nnt dia akan berubah, jd lbh bertgggjwb terhdp harta benda sdiri.."
Naik skolah menengah, sesekali masih lagi dengar skrip ni:
"Umi, Adik nak beli eraser baru.. Eraser Adik saper pinjam ntah.. Sedaq2 dah hilang.. Adik nak beli eraser yg 'gini gitu gini gitu'.. " I jwb, "dah bg hilang, kalau nak yg elok, yg mahal, use ur own money" And she answers, "ok, ptg nnt Umi bawaklah Adik pi kedai tu.." (Ttplah kita ni kena drive her there..)
Ada masanya, ari masih gelap, dia baru je sampai skolah.. Tetiba tpon berbunyi..
"Umi, Adik lupa nak bawak Surat Izin Waris"
"Umi, Adik lupa bawak duit skolah.. Adik tertinggal purse"
"Umi, Adik bawak uniform taekwondo, tp Adik lupa bawak belt"
Kesemuanya berakhir dgn "boleh dak Umi mai antaq kat Adik? Adik tunggu masa recess nnt"
And Umi Adik ni pun malas nak berckp bnyk, dah letih sbnarnya.. Maka Umi pun bersetuju je..
Selalu gak terjadi, jam 2pm, dia kol..
"Umi, Adik terlepas bas.. Adik keluaq2, tengok bas dah pi dah"
"Umi, Adik ada meeting pengawas tadi.. Adik keluaq lewat seminit dua je, bas dah lepas"
"Umi, Adik terlepas bas" (tanpa explain pjg2)
Dan Umi ni merangkak gak pi amek puteri bongsu kat skolah.. And I thought, "sabaq, dia akan berubah.. akan bertambah matang.. give her some more time n space.."
Itu semua berlaku dah berthn2 selama ni..
8 July, 2009.. her 17th birthday.. tanda aras meningkatnya usia sdh terlalu jelas..
Jam 2.10pm, dia kol..
"Umi, Adik terlepas bas.. Can u come n pick me up?"
Malas nak bertgkar over the fon.. "Ok, Adik tunggulah.."
Tp dia sambung lagi..
"Tp Umi, ari ni bkn setakat Adik terlepas bas.. Tp beg Adik pun terlepas tertinggal dlm bas!!!"
I rasa mcm nak hantuk pala kat dinding!! Kalau boleh nak hantuk pala dia.. Tp nnt kena caj mendera plak.. So kenalah hantuk pala sdiri je..
So, u all yg anak2 baru dok merangkak menapak masuk skolah rendah tu, berlatih2lah bersabaq.. sbb u might still have a long long long way to go!!
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

20 comments:
Kak Ja,
Point taken! haha!
Dalam rumah ni, colour pencil, eraser, sharpener dah berkotak kotak beli. I believe ada gnome duk curi sembunyi barang barang budak2 ni. I have no other explanation dah!
Kat sini bab terlepas bas baru jadi sekali. The eldest pi school trip (skiing). Punya syok ski sampai tertinggal 3-4 orang. Baru lah nak call kita gelabah sakan. Cikgu tu pun makngot tak bilang anak murid berapa orang and call on hp la yg mana yang tak dak dalam bas. Nama pun budak budak...
Jangan hentuk kepala kat dinding kerap kerap...kilang simen pakat duk tutup la ni. susah nak cari supply nanti! hehe!
Kalau kecil hilang itu dan ini kemudian mengadu kat mak biasa la tu. Tapi kalau dah besar pun masih mengadu kat mak, ekk... ada sikit adjustment kena buat.
Tapi anak aku lelaki. Mungkin lain sikit fe'elnya. Jangan terlambat sikit aku p ambil, dia akan balik sendiri. Naik bas atau jalan kaki.
hej! Kak Ja...patience will pay...but you know, i am a good boy, never lost my colour pencils, never lost my eraser, never miss my bus because my dad picked me up everyday...hehehehe...
Ngeh3 (penuh sopan) ..
Ja, masa I naik hangin I kata "rumah kita ni dah boleh jadi kedai stationary tau". Just smlm my hubby jumpa seketul eraser masih wrapped atas esbok (yaa, atas esbok as if tempat lain tak sesuai nak bubuh itu eraser), dan dia nak bukak wrapper tu thinking that it is a fridge magnet. I kata jangan bukak nanti ada org marah. Tak mungkin eraser tu stok lama sebab eraser ada gambar singa ceria Madagascar (dan 2 wks ago my dara tunjuk seketul eraser besar biji saga .. she uses that for the whole of semester). Sekian ..
penyakit lupa ni khas utk org2 tua tau!!!! apa Adik ni?
kih kih kih
Tak tau lah org lain penah dengaq skrip ni dak? Masa kecik2 dulu, kat sekolah kalau selalu habaq kat cikgu tertinggai buku (esp buku yang ada homework), cikgu kata nasib baik si anu awak tu melekat! Kalau tak, yang tu pun awak tinggai kat rumah!
Hmm...adik oi!..kak yang pun tak lah seteruk kamu. Nasib lah adik pandai taekwando, umi pun takut nak penampaq, takut adik terajang macam pintu bilik ayaq, berdeghemen!
adik, adik. best ler umi sporting, boleh pi hantaq n ambik.
[naz]
U xde choice, selain percaya ada gnome dlm umah.. mcm kja yg terpaksa percaya yg pencils, erasers anak2 kja terlalu menggoda dan exceptionally lbh cun drp kwn2 depa punya, sampai bebdk tu tingin sgt nak own them!! (pdhal pencils, erasers tu mai drp kilang tu lah jugak!!)
Pasai missing da skul bus yg tak tahan ni.. Most of the times, kja terserempak dgn da bus yg sampai dpn umah kja, masa kja tgh nak bukak gate, nak pi amek tuan puteri yg makngot tu..
Drp dulu lg kja dok pengin umah papan.. senang skit, tak pyh depend kat pertumbuhan kilang simen Malaya.. Lgpun kalau papan, hantuk pala takle sakit sgt.. bincot skit2 tu kira ok lagi..
[insan marhaen]
Walau dah besaq, terpaksa ngadu kat mak lagi, sbb umah kami ni jauh jugak dgn kedai.. Perlu transport gak nak ke sana..
Anak lelaki, renyahnya lain, pompuan lain.. especially yg makngot mcm putri bongsu kami ni..
[danial]
hi Danial!! Kja dulu always missed my skul bus.. Tp x penah kacau my parents suruh pick me up.. Sbb from my skul dulu, mmg ada public bus utk balik ke umah.. Dr skolah Adik, mmg elek!! So nak x nak, terpaksa gak kja pi ambik dia.. Lgpun, anak pompuan kan? Zaman ni kita tak tau saper kita bleh trust dgn anak kita..
[somuffins]
Kalau I rajin nak godek bilik anak dara I tu, I akan jumpa rasanya berbelas2 ketoi beg beranika warna dan kegunaan.. Stationaries tu toksah kira lagilah.. And books.. wahhh!! anak I tu mmg gemar mengumpul buku..
Lucky anak u bleh jaga her eraser sampai one whole sem..
[AJ]
Itupun dia x makan pala ikan!! Kalau mkn, btg idung dia pun dia lupa nak bawak pi skolah!!
[anneaziz]
Tuhan tu maha bijaksana.. si anu tu dijadikanNya melekat.. Kalau tidak, penatlah Umi Adik ni nak kena merempit pi antaq kat skolah sbb apa2 benda yg tak melekat, mmg she's bound to forget to take with her!!
Umi dia bkn takut kat dia, tp x larat nak bertojai dah!! Ghenggah jeghekah mcmana pun, dia tetaplah mcm dia.. Makngot tahap gaban!!
[AMal]
Umi ni mengkikut je bkn sbb sporting tp sbb tak larat, dah letih nak bising2!!
Tp ada gak sebenarnya skali dua yg kja buat dek je.. dah tinggal, lantaklah!!
Ja, nak perbetulkan fakta, cewah. "Lucky anak u bleh jaga her eraser sampai one whole sem.." Nehi Ja, dara guna eraser sebesar biji saga. Imagine how big is biji saga? secoet aje tu (n yet dia ada eraser yg lebih sopan paras rupa tapi tak digunakan).
AIyoo kak Ja, itu Adik aaa... manyak big-head-prawn (cuba Kak Ja suruh Adik gi tanya kawan Chinese dia apa maksud nih).
Psst Ka Ja, Josh TAK PERNAH miss bas. Sebab Josh drive ke sekolah.. kih kih kih..
salam kak ja,
saya teringin nak ada experience tertinggal bas sekolah...
sek ren, saya gi jln kaki.."rumah depan sek"...sek men, pun jln kaki.."duduk asrama"...hehehehe
bagus gak kalau buat bisnes kedai stationery ni kan...ha ha ha ha
Ya kaa Kak Ja,smp sek men ada lagi dialog menggigit jiwa lagu tu???? I've been telling myself, sabaq sat, esok besaq ok la tu..
Ni compom la esok anak2 I pi dok kolej ka pa, i kemas rumah sensorang jumpa la balik segala eraser, gurmit, pensel, kaler depa, kumpui2 semua buka "Kedai Alat tulis bundle" buleh dak?
Kak Ja...
dialog anak i di kedai stationary
- "umi, buy one for *** also lah, dia tak ada mcm adik punya!!"
- "eh! umi, i dunno where i put my ruler!"
- "baba!wow so cute lah eraser ni ... i want!!
sekali or dua kali belikan kawan takpalah....kalau setiap kali kuaq ke kedai mintak beli...mulalah naga 9 keluaq!!! Dia ingat i cop duitttt ka
semua benda hilang....nih dari bulan 1 sampai july dah 4 kotak pensil warna....
K Ja,
alamak, terasa mcm mak sy tulis ttg sy lak.. hahaha
gimme 5 adik..!
Kak Ja,
sebenarnya bukan lupa tu, tapi dia rindu nak berkepit ngan kak ja. kalau ada barang tertinggal, adalah alasan boleh suruh umie dia yang baik hati tu datang. Dapat pahala kan, tengok muka mak ayah.
errrr....
salam kak ja..Zai mmg sdg mengalami saat2 tu sekarang..mmg kekadang tensyen giler sbb barang2 asyik ilang jer..diaorang plak senang2 minta ganti baru..mcmla mak ayah ni buat duit sendiri..apapun sabaq jela..mungkin kita dulu pun lagu tu kot agaknya...hehehe
kak ja .. rasanya bukan kak ja sorang... saya ada 2 org -1 std.1 satu baru kindy.. tapi hari2 buat hal kehilangan... siap bila angin dah naik badan sound direct jer...
"dah ada gf/bf ker kat sekolah yg asyik nak bagik hadiah" depa 2 org blurrr jer bila kena tanya macam tuh...
Post a Comment